Sabtu, 18 Juni 2016

Qarin Jin & Qarin Malaikat




Asal-Usul Qarin Jin & Qarin Malaikat.


Ada salah seorang keluarga pesakit yang saya rawat terkejut bila saya menceritakan bahawa
Qarin ni ada dua, malahan di forum perbincangan pun ada yang berdebat tentang Qarin.
Bagi yang taktau apa tu Qarin, Qarin bermaksud
pendamping atau teman. Sejak manusia lahir,
Allah menjadikan dua Qarin padanya, satu dari bangsa malaikat dan satu dari bangsa jin. Dan rupa mereka sebijik cam kita, leh kata mereka adalah kembar kita. Qarin bangsa malaikat mengilhamkan kebaikan pada kita manakala Qarin jin mengilhamkan kejahatan pada kita. Hanya Qarin jin Rasulullah s.a.w. telah Allah Islamkan dan hanya mengilhamkan kebaikan (Sebab tu Nabi maksum).
Berikut adalah petikan dari sebuah buku berkenaan Qarin yang mana tajuk buku tersebut ialah Rahsia
Keajaiban Roh tulisan Abu Mazaayaa Al-Hafiz terbitan Al-Hidayah. (minta izin dari penerbit dan penulis untuk saya siar petikan itu disini).
Diriwayatkan oleh Jabir bin Abdillah bahawa Nabi
Adam as. Ketika diturunkan ke bumi, beliau berdoa,
Wahai Tuhanku, inilah syaitan yang telah Engkau jadikan permusuhan antara aku dan dia. Jika Engkau tidak memperlihatkan dia, maka aku tidak mampu menghadapinya. Kemudian Allah s.w.t. berfirman yang ertinya, tidak akan dilahirkan seorang anak dari kamu, kecuali ditugaskan seorang malaikat untuk menjaganya. Seterusnya Nabi Adam as. Berdoa lagi, Ya Tuhanku, berilah tambahan kepadaku. Allahpun berfirman lagi yang maksudnya, Aku akan membalas satu keburukan dengan satu keburukan
dan satu kebaikan akan Aku balas dengan sepuluh kali ganda sesuai dengan apa yang Aku kehendaki. Nabi Adam as. Berdoa dan memohon lagi, Ya
Tuhanku, berilah tambahan kepadaku. Allah s.w.t. berfirman lagi yang mafhumnya, Sesungguhnya
pintu taubat selalu terbuka, selagi nyawa masih berada di jasad.
Kemudian tiba giliran Iblis untuk meminta, iapun
berkata, Ya Tuhanku, manusia (Adam) inilah yang
telah Engkau muliakan atasku, kalau Engkau tidak memperhatikannya, aku tidak akan kuat
menghadapinya. Allah berfirman yang ertinya,
Tidak akan dilahirkan seorang anak dari nya kecuali dilahirkan pula seorang anak dari bangsa
kamu. Iblis berkata lagi, Ya Tuhanku, berilah tambahan kepadaku. Allah s.w.t. berfirman,
Kamu dapat berjalan berjalan ditubuh mereka seperti mengalirnya darah dan kamu dapat
membuat hati mereka sebagai rumah-rumah untuk kamu.
Iblis meminta lagi, Ya Tuhanku, berilah tambahan
kepadaku. Kemudian Allah pun berfirman sebagai
berikut sebagai berikut yang ertinya:
Dan kerahlah terhadap mereka pasukan berkuda
dan pasukanmu yang berjalan kaki dan bersyarikatlah (menyatulah) dengan mereka pada harta dan anak-anak dan berilah janji mereka. Dan tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan kepada
mereka melainkan tipuan belaka. (Al-Isra:64). Sekrangang dah paham kenapa Qarin ada dua? Sekarangng pun dah paham kenapa jin boleh buat rumah dalam
badan manusia?

Tidak ada komentar:

Posting Komentar