| Amalan Rasulullah Sebelum Tidur
1. Nabi SAW memberi peringatan agar
dibersihkan tempat tidur kita. Ini berdasarkan hadis dari Abu Hurairah dia
berkata Nabi SAW bersabda :
” Jika seseorang kalian pergi ke
katil tidurnya, hendaklah ia mengibas atau membersihkan katilnya dengan
bahagian dalam sarungnya, kerana dia tidak mengetahui apa yang ada di sebalik
katilnya. Setelah itu ia berdoa ” Dengan nama-Mu, wahai Rabbku, aku letakkan
badanku, dan dengan nama-Mu pua aku bangkit kembali, dan Jika Engkau tahan
jiwaku, maka rahmatilah ia. Jika engkau biarkan lepas, maka jagalah ia
sebagaimana Engkau menjaga jiwa-jiwa hambaMu yang soleh.” - Hadis riwayat
al-Bukhari no. 6320, Muslim no. 2714.
2. Jika hendak baring tidur, banyak
caranya. Antaranya yang disunnahkan adalah dengan meletakkan tangan kanan di
bawah pipi kanan Ketika Tidur.
Imam an-Nasai’e dengan sanad yang
sahih, juga disebut oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad dan dihurai panjang
oleh Imam Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fathul Bari meriwayatkan dari al-Barra’ :
“Apabila Nabi SAW hendak tidur
malam, beliau meletakkan tangannya yang kanan di bawah pipinya yang kanan lalu
berdoa : Ya Allah, lindungilah aku dari azabMu pada hari ketika Engkau
membangkitkan hamba-hambaMu”.
3. Menutup bekas air yang terbuka
Kita disarankan menutup bekas air
yang terbuka. Walaupun dengan sebatang kayu. Ini dijelaskan oleh Imam Muslim
bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :
“Tutuplah semua bejana dan ikatlah
kantung-kantung penyimpan air. Kerana sesungguhnya, dalam setahun terdapat satu
malam (yang saat itu) diturunkan wabak penyakit ke dalam bejana. Tidaklah wabak
itu mengenai bejana yang ditutupi atau kantung-kantung penyimpan air yang tidak
diikat, melainkan wabak penyakit masuk kedalamnya”
Dalam satu riwayat lagi menerangkan
“Jika tidak mendapatkan sesuatu
untuk menutupi bejana kalian, melainkan menggunakan kayu, lalu kamu membaca
basmalah, maka lakukanlah.”
Imam Ibnu Qayyim dalam Zaad al-Maad
menghuraikan maksud walaupun dengan kayu adalah berkemungkinan jika terdapat
binatang yang terjatuh boleh terhalang dengan kayu tersebut dan boleh juga
serangga itu berjalan diatas kayu yang diletakkan.sumber dari page Info
Kesihatan
Tidak ada komentar:
Posting Komentar