Mari kita amalkan SEBELUM TIDUR...
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra
: "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu
:
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat aku memberimu
syafaat untukmu di hari akhirat nanti,
3. Sebelum para muslim meredhai
kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan
umrah... .
"Bertanya Aisyah : "Ya
Rasulullah.. . . Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"
· Rasulullah tersenyum dan bersabda
: "Sebelum engkau hendak tidur bacalah: Al Ikhlas tiga kali. Amalan
ini adalah seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
· Membacalah sholawat untukKu,
maka aku akan memberi syafaat untukmu di hari akhirat kelak.
Beristighfarlah untuk para muslimin
maka mereka akan meredhai kamu.
"Astaghfirullahalazim li wali
waa lidaiya wali jami il muslimina wal
muslimat wal mukminina wal mukminat
al ahya immin hum wal amwat "
Ampunilah aku ya Allah yang maha
besar, kedua ibubapaku, semua muslimindan muslimat, mukminin dan mukminat yang
masih hidup dan yang telah mati."
· Dan,perbanyakanlah bertasbih,
bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan
ibadah haji dan umrah "
Kalau larat amalkan
sekurang-kurangnya tiga kali. Selepas itu bacalah bismillahirahmanirahim
sebanyak 21 kali.
Seorang yang berusia 60 tahun akan
menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur.Sekiranya dia tidur
mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat.Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan
ikhlas.Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa
atau terpaksa untuk tidur.Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah
sangat besar.
Satu Sunnah yang diamalkan
berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala
mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.
Di dalam tidur sendiri ada banyak
Sunnah.
Sebaliknya, jika seseorang tidur
cara selain dari cara Nabi SAW,dia hanya akan dapat kerehatan.Kalau bernasib
baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan
menakung 20 liter atau lebih air liur basi.
Antara Sunnah-sunnah Nabi saw
sebelum, ketika dan selepas tidur.
1. Baca doa sebelum dan selepas
tidur.
2. Jangan tidur menghadap kaki arah
Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur
orang yang telah mati.
3. Barangsiapa yang membaca Tasbih
Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa
itu Tasbih Fatimah?
Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33
X, Allahuakbar 33 X.
4. membaca Ayatul Kursi dan 4 Qul.
semoga kita di jauhi dari gangguan manusia dan jin sewaktu kita tidur.
5. Niat untuk bangun Tahajjud.
Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan
mengira seolah-olah dia bertahajjud
sepanjang malam. Tahajjud adalah
sebaik-baik pelindung daripada sihir
dan buatan orang.
6. Ambil wudhu sebelum tidur dan
Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
7. Maafkan semua kesalahan manusia
pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh
buka fail semula kalau mahu.
8. Tidur cara Rasulullah saw dengan
mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
9.membaca surah Sajadah dan Al Mulk
sebelum tidur. Mengamalkan membaca suratul Mulk sebelum tidur akan membuat
kubur kita, tempat semadi sementara menunggu akhirat, suatu tempat yang
sejahtera dan terang-benderang.
10.Tutup aurat ketika tidur.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar